Setiap kelab peminat yang hadir pada konsert mingguan Gegar Vaganza 9 (GV9) pasti mahukan yang terbaik buat bintang kegemaran mereka.

Begitu juga apa yang ada dalam fikiran dan harapan kelab peminat Bob Yusof iaitu Bobbastic Squads.

Wakil kelab, Norasiah Asikin berkata, ahli Bobbastic Squads sentiasa memberikan sokongan dan mengharapkan yang terbaik buat bintang bersuara lunak yang berasal dari Sarawak itu.

A post shared by Bobbasticsquadsgv9 (@bobbasticsquads99)



“Sepanjang mengikuti perkembangan Bob sejak dari zaman Akademi Fantasia 2 lagi, kami sentiasa mengharapkan yang terbaik buat dia.

“Bob ada suara yang bagus dan sentiasa mesra dengan peminat. Tentulah, prestasinya juga dilihat semakin baik. Dulu dah bagus, sekarang lagi bagus,” katanya kepada Gempak.

Norasiah berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan kepada juri untuk bergelar juara GV9 memandangkan Bob memang terkenal dengan suara serta showmanshipnya ketika berada di atas pentas.

“Apa yang kami lihat, vokal Bob memang ok. Showmanship pun ok. Ibaratnya, semualah ok!,” katanya sambil tertawa.

A post shared by BERIBU RASA - New Single (@bobyusof)


Ditanya apakah aktiviti atau perancangan yang ingin dilakukan selepas Bob selesai bertanding dalam GV9, Norasiah berkata: “Kita mungkin akan buat aktiviti seperti meet and greet atau minum petang.

“Dalam masa sama, kami akan sentiasa terus menyokong Bob selepas dia selesai dengan GV9. Tak kira persembahan atau konsert, kami akan sentiasa beri sokongan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Norasiah turut memberitahu yang Bobbastic Squads bakal menggayakan tema rock atau hip-hop pada malam konsert final nanti.

“Kami pertimbangkan untuk pakai pakaian bertemakan rock atau hip-hop. Dari segi warna pula… biarlah rahsia,” ujarnya.

Selain Bob, lima lagi bintang akan beraksi pada konsert final GV9 iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor, VE dan Tomok.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!