ANTARABANGSA
Volkswagen Passat R-Line Yang Lebih Sporty Kini Dibuka Tempahan, Harga Bermula RM200,000
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah menerima pra-tempahan untuk Passat R-Line baharu menjadi model yang lebih sporty daripada Passat Elegance.
Versi ini, ia adalah model pemasangan tempatan dan dijangka ditawarkan pada harga di antara RM200,000 hingga RM210,000.

Passat R-Line adalah model R-Line kedua yang ditawarkan oleh VPCM selepas Golf R-Line.

Bagi ruang dalaman pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan kulit Nappa hitam gayaan karbon pada tempat duduk, stereng dan pedal sports aluminium.

Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi melalui ciri Side Assist dengan jarak pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter. Ciri Rear Traffic Alert pula memberi amaran kepada pemandu apabila mengundur keluar dari ruang parkir jika terdapat kenderaan yang mendekati pada sudut 90 darjah.

Passat R-Line didatangkan dalam enam warna. Warna metalik terdiri daripada biru (Aquamarine Blue), coklat (Tamarind Brown), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Reflex Silver). Dua warna mutiara iaitu hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) turut ditawarkan tanpa sebarang penambahan harga.

Must-Watch Video