Aktres Datin Paduka Eina Azman mencuri tumpuan ramai apabila secara bersahaja menikmati juadah laksa di sebuah gerai terletak di Kampung Baru.

Biarpun kini berstatus VVIP, Eina dilihat masih merendah diri menikmati gerai tepi jalan yang terletak di kawasan berkenaan.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Eina pada awalnya sedang ralit menikmati laksa beserta buah durian.

Sejurus selepas itu, Eina juga tanpa berkira terus memberi promosi percuma kepada pemilik gerai tersebut.

“Laksa dia sedap guys. Saya dekat sini tolong la sikit promo akak ni, laksa kampung baru sedap makanan dia very nice.

“Ini bukan dia bayar untuk paid review ya,” katanya.

Susulan daripada itu, siaran langsung berkenaan terus ‘dihujani’ pujian daripada kebanyakan netizen.

“Bagusnya, dia humble tu sebab murah rezeki.

“VVIP Makan tepi jalan je weh, humble betul. Cantik pun cantik.

“Alahai lembut je cakap, sukanya tengok,” kata beberapa netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton sebanyak 12,000 kali.

Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.