Bulan Jun ini, pelanggan ‘Movies Pack’ boleh menikmati lebih kandungan kegemaran Hollywood dari tahun-tahun lalu menerusi FAM Movies (saluran 400), sebuah saluran sementara yang disediakan bermula 1 Jun hingga 31 Ogos tanpa caj tambahan, melalui TV, On Demand dan Astro GO.

Pelanggan boleh menikmati lebih daripada 20 filem terkenal dan ikonik dari tahun 1990’an hingga 2000’an bersama seisi keluarga semasa duduk dengan selamat di rumah, termasuk:

- Koleksi filem pengembaraan komedi-drama seperti Big Fat Liar, dan sekuelnya Bigger Fatter Liar.

- Filem-filem pengembaraan komedi-animasi, Shrek II, Panddington 1, juga sekuelnya Paddington 2.

- Filem fantasi-keluarga terkenal Casper, aksi-magis Sabrina The Teenage Witch dan filem misteri-sains, Back To The Future III.

- Filem komedi-keluarga seperti The Flintstones In Viva Rock Vegas, Grand-Daddy Day Care, Nanny Mcphee, The Perfect Man, aksi komedi Kindergarten Cop 2, filem ikonik kanak-kanak, Little Rascals dan sekuelnya The Little Rascals Save The Day, serta siri filem komedi Problem Child, Problem Child 2 dan Problem Child 3.

- Filem aksi pengembaraan, Cop And A Half: New Recruit, filem ikonik Rowan Atkinson, Johnny English Reborn dan Johnny English Strikes Again, dan filem sains-fiksyen, Small Soldiers.

- Termasuk filem muzikal-romantik Mamma Mia dan filem drama-romantik, Dean.