Laman Utama

Wah, Datuk Seri Vida Sambut Birthday ‘Geli-Geli’ Pun Dalam Butik Mewah….Untunglah Kacak!

gempak
Fiza Kamarudin
17/03/2021
02:47 MYT
Sponsor Banner
Wah, Datuk Seri Vida Sambut Birthday ‘Geli-Geli’ Pun Dalam Butik Mewah….Untunglah Kacak!
Ragam jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) ketika mengunjungi sebuah pusat membeli—belah popular di Bukit Bintang menarik perhatian warganet.
Menerusi hantaran video yang dimuatnaik DSV di laman sosial Instagram (IG)nya, memaparkan jutawan sensasi tersebut merancang untuk mengadakan kejutan ulangtahun kelahiran anak lelaki kesayangannya, Kacak.
Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah lokasi pilihan DSV, butik Christian Dior untuk mengadakan majlis tersebut.
Tambahan lagi apabila DSV memberitahu majlis tersebut hanyalah untuk suka-suka dan akan mengadakan sambutan hari lahir Kacak kemudian.
“Birthday celebration @kacak_. Surprise birthday Kacak. Ni baru ‘geli-geli’ nanti kita buat yang betul betul okay,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun reaksi DSV ketika disuruh mengenakan pelitup separuh muka oleh pengawal keselamatan sebelum memasuki gedung membeli belah tersebut menjadi pertikaian netizen.
Rata-rata mereka menasihati DSV supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tdak menyalahkan pengawal keselamatan kerana dia hanya menjalankan tugas.
“Patuh SOP tak susah pun. Guard hanya jalankan tugas. Pakai mask dengan betul. Dato kan public figure. Contoh yang baik baru la A± classy attitude".
“One waykan betullah apa yang jaga tu buat...Patuhi SOP…Termasuklah pakai mask di tempat awan yang sesak,” antara teguran netizen kepada DSV.
Apapun, kejutan yang dirancang berjalan lancar dan Kacak kelihatan gembira pada majlis tersebut. DSV sekeluarga juga dilihat menjaga SOP dengan baik ketika berada di dalam butik tersebut.
Menerusi video itu juga, kelihatan Kacak melangkah masuk ke dalam butik mewah tersebut bersama sahabat baiknya Aqili, anak kepada penyanyi dangdut Ifa Raziah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024