Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu City Centre (KTCC) akan dibuka kepada orang awam bermula hari ini.
Dibuka semenjak 6 pagi tadi, kerajaan negeri telah melantik Terengganu Incorporated Sdn Bhd sebagai operator, manakala pihak kontraktor utama masih berada di tapak projek untuk memberi latihan sehingga 30 September ini, lapor Astro Awani.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu berkata, semua jenis kenderaan dibenarkan menggunakan laluan di jambatan berkenaan.
Bagaimanapun, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kenderaan atau berhenti bagi mengelak kesesakan serta mengganggu kelancaran aliran trafik.
Para pengunjung yang ingin melawat diminta meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan dan menggunakan tangga atau lif.
Menurut Ahmad Samsuri, ruang komersial di ‘sky bridge’ masih belum dibuka dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki ruang lobi dan menggunakan tangga atau lif di menara jambatan tersebut.
Beliau berkata, pembukaan jambatan ikonik itu bakal memberi impak kepada sektor pelancongan negeri dengan memberi nilai tambah.
Ia seterusnya mampu merangsang pertumbuhan ekonomi rakyat di samping memperkenalkan Terengganu di mata dunia.
Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mula dibuka kepada orang awam untuk percubaan pada 2 hingga 17 Jun lalu.
Jambatan bernilai RM248 juta itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir.
Sumber: Astro Awani
Foto: Mosafir Photography
Kamaruddin Razal
Thu Aug 01 2019


Suami Fatin Afeefa Berani Sindir Adam Shahz Secara Berdepan - “Takkan Nak Takut dengan Lelaki Ini?”
Berani ek!

“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna