Jejaka Singh merupakan antara peminat setia drama bersiri adaptasi novel lakonan aktres Jihan Muse dan Ungku Hariz, Biniku Ninja.

Jejaka itu hadir bersama 150 orang peminat bertuah ke majlis tayangan eksklusif drama bersiri Biniku Ninja yang diadakan di TGV Aeon AU2 pada Isnin.

Jihan dan Hariz yang beraksi sebagai teraju utama Biniku Ninja turut memeriahkan majlis dan berkongsi masa melayan peminat drama bersiri tersebut bersama aktor Zain Hamid.

Selain itu, penulis novel Biniku Ninja, Azlan Andi turut hadir bersama dengan isterinya, Sabatini ke majlis berkenaan.

Drama bersiri Biniku Ninja ternyata meninggalkan impak tersendiri terhadap peminat setia drama tempatan.

Lakonan bersahaja Jihan bersama Hariz sebagai pasangan suami isteri memikat hati penonton setia drama bersiri ini.

Menerusi tayangan eksklusif tersebut, peminat gembira kerana dapat meluangkan masa dengan pelakon serta penulis novel Biniku Ninja.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Biniku Ninja yang bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, jam 9.00 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal