Filem The Garden of Evening Mists terus mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penonton.

Buktinya, hari ini sahaja banyak dewan panggung wayang mula diserbu orang ramai yang mahu menyaksikan filem yang diadaptasi daripada novel karya Tan Twan Eng itu.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan penonton untuk menyaksikan filem tersebut sempena cuti perayaan sambutan Tahun Baru Cina ialah di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Hampir keseluruhan panggung penuh pada empat slot waktu tayangan yang dibuka hari ini.

Wahh... ramai orang beli tiket ni. Kepada yang belum lagi menonton filem The Garden Of Evening Mists , cepat dapatkan tiket anda sekarang. #TheGardenOfEveningMists #TGOEM #Astroshaw #hboasia #FINAS #夕霧花園 @tan.twan.eng @khenghua @serene_lsy @onnsancomposer @doakesdoakes @iamjohnhannah @sinjelee1234 @tomlin1976

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on



Dalam pada itu, penonton yang sudah menyaksikan filem tersebut menyifatkan ia sebuah karya yang wajib ditonton.

Maka, tidak hairanlah apabila ada yang sanggup pergi menonton filem tersebut buat kali kedua.

"Saya masih tak boleh berhenti berfikir mengenai #TheGardenofEveningMist. Saya tonton lagi sekali untuk kali kedua.

"Salah satu filem terbaik yang pernah saya tonton dalam beberapa tahun kebelakangan ini," tulis sebahagian netizen di Twitter.







Filem The Garden of Evening Mists menampilkan pelakon Sinje Lee dan Hiroshi Abe selaku teraju utama.

Karya arahan Tom Shu-Yu Lin itu memaparkan kehidupan sewaktu zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam

Sebelum ini, filem yang turut ditayangkan di beberapa negara itu pernah tercalon dalam sembilan kategori di Anugerah Golden Horse ke-56.

BACA: The Garden of Evening Mists Menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse ke-56

Jadi, jangan lupa saksikan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu di pawagam berhampiran anda.