Keliru dan tak ada idea nak masak apa untuk berbuka hari ini? Jom layan resepi khas Naim Daniel menghasilkan juadah Nasi Ayam Ala 3 Budak Gemok dan dipadukan dengan Fruit Punch!

Senang saja, berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan:

- 400 gram dada ayam diperap dengan kunyit & garam

- 6 biji bawang merah & 1 inci halia dikisar

- serbuk kari

- 3 sudu kicap manis, 3 sudu sos manis & 3 sudu sos tiram

- sebiji bawang merah

- 1 keping asam keping

- 2 tangkai daun kari

- 1 cawan air

Bahan-bahan sambal:

- 1 biji bawang besar

- 4 ulas bawang putih

- 1 genggam cili padi

- 10 biji cili merah

- 2 biji limau nipis

- belacan

Cara-cara:

1. Panaskan kuali, goreng ayam yang telah diperap.

2. Tumiskan bahan dengan minyak sama, masukkan serbuk kari dan air serta sos tiram, kicap manis & sos manis (secukup rasa).

3. Masukkan bawang besar, daun kari & garam secukup rasa.

4. Gaul bersama ayam yang telah digoreng.

Sambal:

1. Tumiskan semua bahan sambal dan kisar bersama perahan limau nipis, gula dan garam sampai halus.

Hidangkan bersama ayam yang telah digoreng.

Ini pula cara untuk menyediakan Fruit Punch.

Bahan-bahan:

- Secawan potongan nenas

- Secawan susu sejat

- 2 sudu kordial mangga

- 1 cawan ais

Cara-cara:

Masukkan potongan nenas mengikut selera anda dan kordial mangga. Campurkan ais batu.

Kemudian masukkan susu sejat, kacau hingga sebati dan masukan hiasan.

Kepada anda, jangan ketinggalkan untuk menyaksikan program Iftar Ala King musim kedua di platform digital Astro Gempak!


Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19.