Laman Utama
Wajib Vaksin, Nicki Minaj Sanggup Tak Datang Met Gala 2021 - "Aku Dah Buat Research!"
Acara fesyen Met Gala 2021 kembali berlangsung tahun ini dengan menyaksikan kepelbagaian fesyen selebriti yang menghadirinya pada Isnin.
Mengadakan acara seumpama ini ketika pandemik COVID-19 belum berakhir semestinya memerlukan para hadirin untuk mendapatkan suntikan vaksin sebagai syarat mematuhi protokol keselamatan.
Bagaimanapun, rapper terkenal Hollywood, Nicki Minaj mempunyai pendapat berbeza mengenai hal ini apabila dia belum bersedia mendapatkan suntikan vaksin, dan tidak melakukannya semata-mata untuk menghadiri acara berprestij itu.
"Mereka mahu anda mendapatkan vaksin untuk Met, kalau saya ambil vaksin, ia bukan untuk Met.
"Ia adalah disebabkan saya sudah membuat kaji selidik (research) yang mencukupi, saya sedang melakukannya sekarang.
"Sementara itu, kepada kesayangan semua kesayangan saya, sila kekal selamat, pakai pelitup muka yang menutupi wajah dan kepala dengan sempurna, bukan yang longgar," tulisnya menerusi Twitter.
Keperluan menunjuk bukti vaksin COVID-19 menjadi syarat utama untuk menghadiri Met Gala tahun ini.They want you to get vaccinated for the Met. if I get vaccinated it won’t for the Met. It’ll be once I feel I’ve done enough research. I’m working on that now. In the meantime my loves, be safe. Wear the mask with 2 strings that grips your head & face. Not that loose one ?♥️— Nicki Minaj (@NICKIMINAJ) September 13, 2021
Para hadirin juga mestilah negatif dalam ujian calitan serta memakai pelitup muka setiap masa kecuali ketika makan.
Bagaimanapun, kebanyakan selebriti dan figura terkenal yang melalui acara karpet merah kelihatan tidak memakai pelitup muka antaranya Shawn Mendes, Justin Bieber, Kylie Jenner, Gihi Hadid dan ramai lagi.
Kredit Foto: USA Today
Must-Watch Video