Skip to main content

Trend Pasaran

"Waktu Malam Hujan Lebat, Mak Berlari Tadah Air Atap Bocor" - Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak

2.jpg

Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih bersekolah. Anak yang 18 tahun, 17tahun dan 9tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat. Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu. Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekaranh duduk rumah. Sekolah banyak membantu juga di sekolah. Tiada katil dan tilam pun. Alas kain dan ada satu kerusi tempat tidur. Bilik pun takde. Diaorang menumpang jer disini. Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat rm800. Sekarang dah takde gaji takde duit musim PKP. Makan maggi kongsi adik beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini. Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun. Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi polis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak kemana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam. Adik ni sembunyi mesej saya tanpa pengetahuan mak nya. Dia diam-diam mesej. Kerana tak tahan waktu hujan lebat. Dan kadang rumah semua berlubang. Anak dara susah dan takut nak mandi dan buat apa-apa. Ya Allah tuhanku. Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Jika dapat saya akan bayarkan sewa dan api air insyaAllah. Mereka menangis bila ajak pindah rumah. Terharu gembira. Doakan yer..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Must-Watch Video

Advertisement