gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
HIBURAN
Loca B Kongsi Anak Tidak Mahu Ikut Jejak Jadi Penyanyi - “Dia Pernah Warning Kami”
HIBURAN
Bergelut Sebutan Bahasa Melayu, Kat Roshan; "Saya Dah Cuba Sedaya Upaya"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Waktu Sekolah Seperti Biasa Sepanjang Ramadan" - KPM

Gempak
Gempak
17/02/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
"Waktu Sekolah Seperti Biasa Sepanjang Ramadan" - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam kenyataan memaklumkan bahawa sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.
"Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan beroperasi seperti biasa pada Ramadan seperti tahun sebelum ini berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 yang sedang diguna pakai," katanya.
"KPM mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab yang cuba ditularkan oleh sesetengah pihak dalam laman media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini," menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar, sesi petang ditetapkan bagi membolehkan murid serta guru beragama Islam dapat menunaikan ibadah bulan Ramadan dengan selesa.
"KPM menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi kementerian dan tidak terpengaruh dengan hantaran media sosial berniat jahat yang cuba untuk mengelirukan masyarakat," menurut kenyataan itu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramadan
#sekolah
#KPM
#Sesi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement