Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menegaskan tidak menolak vaksin, malah sedang menanti gilirannya menerima suntikan untuk mencegah wabak Covid-19.

PU Syed mendedahkan pendiriannya itu selepas ada salah seorang pengikut laman sosialnya bertanyakan mengenai hal itu.

“Ambe (saya) sudah daftar vaksin cuma belum sampai masanya untuk menerima suntikan.

“Ambe tak ragu-ragu untuk mengambil vaksin ini sebagai salah satu kaedah mencegah dari dijangkiti COVID-19 ni. Mencegah lebih baik dari mengubati

“Walaupun ada pandangan yang merasa syak dengan vaksin ini, dan tak menyokongnya, ambe hormati pandangan mereka ini, namun setakat ini pandangan majoriti ulama menyokong vaksinasi bahkan ia adalah salah satu cara utk kita bantu agar tidak terus menerus virus ini tersebar dalam masyarakat.

“Ambe PU Syed menyokong penuh kempen vaksinasi ini. Nak hujah menyokong boleh rujuk fatwa semasa..” terangnya.

PU Syed menjelaskan pendapatnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya bagi menjawab persoalan tentang vaksin.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata gembira dengan jawapannya.

A post shared by SYED MOHD BAKRI BENYAHYA™ (@_pusyed)