Skip to main content

Berita Tempatan

"Walaupun Birthday Aafiyah Lambat Lagi, Tapi Saya Dah Mula Plan Macam-Macam" - Siti Nurhaliza

sitiandaafiyahbefunky-collage.jpg
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengatakan dia sudah mula merancang untuk majlis sambutan hari jadi anaknya, Siti Aafiyah yang bakal berlangsung pada 19 Mac ini.

Menurut Siti, dia berasa teruja memikirkan perancangan sambutan hari jadi anaknya itu meskipun tidak berpengalaman melakukannya sebelum ini.

"Walaupun hari jadi Aafiyah pada bulan Mac, saya dah mula plan macam-macam kerana terlalu teruja.

"Kadang-kadang suami saya tertawakan saya, Tapi dia sarankan saya mengambil khidmat perancang majlis profesional.

"Saya tidak berpengalaman sebelum ini, sebab itulah saya teruja dan berharap semuanya berjalan dengan lancar," kata Siti kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Anta Permana ini akan mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour, ia akan bermula pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket konsert ini (selain Royal Albert Hall), sila layari www.myticket.asia.

Must-Watch Video

Advertisement