Laman Utama
“Walaupun Demam Panas…”- Ummi Nazeera Selamat Lahir Anak Kedua
Pelakon Ummi Nazeera selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Jun lalu di sebuah pusat rawatan swasta di Selangor.
Ummi bersyukur kerana puteri kedua yang dilahirkan secara normal itu sihat dengan berat 3.32 kilogram.
“Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu di @andorrahospitalofficial.
“Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat,” kata Ummi.
Pelakon Gol & Gincu 2 itu berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik foto bayinya di dalam katil bayi bersama anak pertamanya.
Mengimbau kembali detik saat melahirkan anak keduanya itu, Ummi memberitahu dia mengalami demam panas.
“Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 celsius semasa in labor. Syukur sangat semuanya selamat.
“Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah,” pintanya.
Ummi dan suami, Dr. Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.
Must-Watch Video