HIBURAN
“Walaupun Dia Tidak Bertudung Tetapi…” - Iqram Dinzly Kongsi Keperibadian Arwah Akiko Okumura, Anggap Seorang Yang Utamakan Keluarga
Pelakon Iqram Dinzly menyifatkan isteri kepada usahawan Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okumura seorang yang sentiasa mengutamakan keluarga.
Keperibadian arwah
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Iqram atau nama lengkapnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkongsi dengan warganet tentang keperibadian arwah Akiko.
“Cara dia bercakap penuh dengan kesopanan dan Akiko sangat mengutamakan privasi keluarganya,” kongsinya.
Menurut aktor berusia 44 tahun itu, Akiko juga adalah seorang wanita yang mempunyai adab yang tinggi selain sikapnya yang berlemah lembut.
Pakaian sopan
“Walaupun dia tidak bertudung tetapi dia tak pernah pakai pakaian yang seksi, sangat sopan dan sedap mata memandang.
“Sekiranya saya berpeluang untuk menceritakan apa yang Ridzuan berkongsi dengan saya, awak semua pasti akan terdiam. Tetapi saya tak boleh, itu adalah amanah,” ujarnya.
Berhenti buat spekulasi
Dalam masa yang sama, pelakon filem Zim Zim Ala Kazim itu menyeru orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mencetuskan spekulasi berhubung kematian Akiko.
“Awak semua jangan sibuk nak buat kerja tuhan. Sekiranya sayang padanya, janganlah buat andaian. Kenapa perlu buat andaian sedangkan ianya sudah pun disahkan oleh pihak berkuasa?” katanya.
Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009. Kini, Ramadan tidak lagi sama tanpa sentuhan kasih dan masakan isteri tercinta.
Must-Watch Video