Berita
"Walaupun Ini Mengandung Kali Kedua Kenapa Rasa Gementar Eh?"- Isteri Shukri Yahaya Kongsi Video Imbasan Ultra Bunyi Kandungan
Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan berkongsi kepada umum rakaman video imbasan ultra bunyi kandungannya buat pertama kali menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Tya memberitahu, video tersebut diambil ketika menjalani proses imbasan sewaktu menjalani pemeriksaan kandungannya pada bulan lalu.
"Pemeriksaan pada bulan lepas. Dah jatuh cinta walaupun tidak bertemu lagi.
"Korang rasa adik Ameena perempuan ke lelaki? Walaupun ini mengandung kali kedua, kenapa rasa gementar eh? Doakan mommy dan bayi sihat-sihat tau, Amin," tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Tya itu kemudian turut mengundang suaminya, Shukri yang bertanyakan mengenai status jantina kandungannya itu.
Bagaimanapun, Tya bertindak mahu merahsiakan hal tersebut buat masa sekarang.
"Rahsia!," jawabnya ringkas di ruangan komen.
Perkongsian Tya itu turut menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata cuba meneka jantina bayi yang dikandungnya.
"Bayi lelaki ni, alaaa tak sabarnya, mesti comel macam Ameena masa kecil.
"Rasa macam perempuan. Apa pun semoga mummy dan baby sihat-sihat sahaja," tulis sebahagian netizen.
Sebelum ini, Tya mendedahkan dirinya disahkan hamil sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu.
Tya dan Shukri mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang kini menginjak usia empat tahun.
Must-Watch Video