Pelakon Wawa Zainal gembira apabila berjaya membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran ibu kesayangannya.

Istimewanya lagi, kek yang diberikan kepada ibunya itu bukan biasa-biasa sebaliknya sebiji kek yang berisi wang tunai.

Menerusi video yang dikongsi Wawa, jelas kelihatan ibunya terkejut selepas menarik kertas yang ada pada kek itu.

“Selamat ulang tahun mak... Walaupun Wawa bukanlah dibesarkan oleh ibu kandung, Wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada dua ibu.

“Mencuba menjadi anak yanh sentiasa membahagiakan ketiga-tiga orang tua ku.

“Hargai waktu yang dipunya, itulah kata-kata Bunga Citra Lestari yang Wawa akan ingat sampai bila-bila.

“Hargai setiap momen, setiap waktu yang kita punya,” tulisnya di hantaran terbaharu akaun Instagramnya.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji usaha Wawa yang ikhlas menggembirakan insan tersayang, selain ada yang terhibur dengan reaksi comel dua beranak itu.

“Sebaknya, moga jadi inspirasi buat kita semua. Tahniah Wawa,” tulis @madamrose81

“Ya Allah, semoga Wawa dimurahkan rezeki sentiasa. Happy bila boleh buat orang tua kita gembira dan bahagia,” komen @auniee23