Advertorial

Wali Band Sanggup Ke Malaysia Demi MAHA 2016

Fiza Kamarudin
28/11/2016
09:13 MYT
Kumpulan muzik Indonesia, Wali Band sanggup ke Malaysia untuk memeriahkan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016).
Wali Band secara ekslusif akan menghiburkan pengunjung MAHA 2016 pada 3 Disember 2016 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.
Oleh itu, bersempena cuti sekolah ini MAHA 2016 merupakan destinasi terbaik kepada anak-anak kerana maskot Upin dan Ipin turut akan hadir sebagai daya penarik kepada kanak-kanak yang secara tidak langsung dapat mendidik mereka.
MAHA 2016 turut menyediakan tapak perkhemahan kepada 5,000 remaja untuk bermalam di sana dengan segala infrastruktur akan dibina.
Selain itu terdapat pelbagai tarikan yang akan disajikan, termasuk seminar perniagaan, bengkel, pelancaran produk, demonstrasi teknologi inovasi pertanian, agro bazaar, pelancongan tani, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan dan pelbagai lagi.
MAHA 2016 bakal diadakan pada 24 November hingga 4 Disember dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bertemakan Our Food Our Future, MAHA 2016 bakal menampilkan 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Hampir 3 Dekad Bertahan, Kumpulan Spider Kongsi Faktor Kekal Lama Dalam Industri Muzik - “Ketelusan Itu Penting”

gempak
17/07/2024
14:55 MYT
Hampir tiga dekad bertahan di dalam industri muzik tanah air, band rock Spider yang dianggotai oleh Tam (vokalis), Pown (gitar), Eiz (bass) dan Aie (dram) tampil menyatakan bahawa perhubungan antara satu sama lain merupakan faktor utama mereka kekal lama sebagai sebuah kumpulan.
Hiburan

Atas Angin Festival 2024 Makin ‘Liar’, Ada Alleycats, Aizat, Bittersweet & 101 Pemuzik

gempak
02/07/2024
19:32 MYT
Semakin padu dan ‘liar’ penganjuran Atas Angin Festival 2024 yang disifatkan seperti sambutan hari raya buat pemuzik dan peminat tahun ini bakal membariskan 101 pemuzik yang akan membuat persembahan dalam sehari.
Hiburan

18 Tahun Berehat, The A.C.A.B Kembali Bikin Showcase

gempak
01/05/2024
06:39 MYT
Selepas 18 tahun kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024.