Laman Utama
'Wallpaper' Telefon Isteri Masih Gambar Shuk, Netizen Mula Berteka-Teki - "Dah Berbaik Ke?"
Sudah empat hari berlalu, namun kisah kontroversi yang melibatkan pengacara Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah masih menjadi tumpuan warganet.
Baru-baru ini, posting Rossalennah di Instagram (IG) menjadi perbualan ramai selepas menunjukkan foto 'wallpaper' di telefon bimbit miliknya.
Mengikut tarikh yang tertera iaitu 25 Januari, Rossalennah masih mengekalkan gambar bersama Shuk dan anak pada skrin tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, hampir 3,000 respon daripada kalangan netizen yang tertanya-tanya status hubungan mereka berdua.
Malah, ada segelintir yang beranggapan pasangan suami isteri ini sudah berdamai.
Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan gagal apabila mesej yang dihantar tidak dibalas dan panggilan telefon juga tidak dijawab sejak isu ini hangat.
Terdahulu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Fara Salleh.
Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.
Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).
Must-Watch Video