Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak yang didakwa diabaikan oleh ibu kandung sendiri dalam hal penjagaan.

Dalam posting tersebut, individu yang mendakwa dirinya adik ipar kepada ibu kanak-kanak berkenaan menyatakan wanita itu culas dalam pemberian nafkah anak.

BERITA TRENDING: Ibu Guna Identiti Anak Gadis Untuk Pikat Lelaki Online, Ini Kesudahannya…

“Duit belanja tak ada, duit lampin tak ada, dah lima tahun tapi masih lagi tak ada surat kelahiran.

“Tolong saya untuk cari keluarga budak ni. Saya adik ipar mak dia, sekarang budak ni ada dengan keluarga saya. Saya harap sangat mak ayah budak ni datang ambil anak dia,” tulis individu itu.



Bagaimanapun, segelintir pengguna aplikasi mendakwa bahawa ibu kepada kanak-kanak itu terlibat dalam aktiviti persundalan secara atas talian.

“Aktif dekat Facebook pasal aktiviti persundalan, mak dia kira pelopor DS (darkside) yang terawal, sekarang pun masih aktif,” kongsi seorang netizen.

Melihat kepada informasi yang diberikan, majoriti warganet meluahkan rasa tidak bersetuju sekiranya kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu kandungnya atas dasar keselamatan.

“Lebih baik minta dokumen je, jangan bagi mak jaga,”

“Baik keluarga ni hantar rumah anak yatim lah. Kalau ibu bapa dia jaga pun risau juga masa depan anak kecil ni,”

“Risau juga kalau tak pernah jaga budak, nanti duduk dengan mak dia kena dera sampai mati.”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis entri itu meraih lebih dua juta tontonan serta 2,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X