Siapa kata wanita berhijab tak boleh berpakaian seperti adiwira kegemaran? Dalam satu acara cosplay di Subang Jaya baru-baru ini, ia dihadiri oleh ramai wanita berhijab yang turut sama memakai kostum, bersolek dan menjiwai watak yang mereka gemari.
Cosplay atau nama penuhnya 'costume role-play' atau peragaan kostum, merupakan penggayaan watak siri animasi, komik atau permainan video, yang kebanyakannya daripada budaya pop Jepun. Biarpun cosplay sememangnya dikenali oleh penggemarnya di Malaysia hampir dua dekad, namun cosplay berhijab baharu sahaja diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Kira-kira 20 wanita berhijab mengambil bahagian memperagakan kostum watak animasi dan solekan kegemaran mereka.
Seorang peminat Cosplay, Raja Muhammad Rusydi yang membawa watak Power Ranger putih berharap pertunjukan seperti itu dapat memupuk minat dalam kalangan wanita berjihab untuk menyertai aktiviti cosplay. "Saya sokong mereka. Kalau mereka sukakan watak kartun dan mempunyai minat, mereka patut lakukannya," katanya kepada Mstar. Pendapat anda pula bagaimana?
