Aksi seorang wanita mengisi minyak petrol dalam kenderaan mewah jenis Lamborghini sambil merakamkan video menggunakan telefon bimbit mengundang kecaman warganet.

Menerusi sepotong video yang tular di media sosial sejak Khamis, wanita terbabit cuba menunjukkan kepada pengikutnya cara untuk mengisi petrol ke dalam supercar itu.

Malah, wanita terbabit mahu menunjukkan jumlah bayaran bagi isian penuh kenderaannya kira-kira RM400.

"Tak mahal pun you all, tengok tu. Haa, RM400 lebih jer, minyak Lamborghini memang murah," demikian kata-katanya.

Komen beberapa pengguna media sosial Twitter, tindakan wanita terbabit seolah-olah mengabaikan faktor keselamatan dan mengingatkannya tentang larangan penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.

"Selalu pergi stesen minyak ada signboard tak boleh main phone masa isi minyak.

"Betullah rezeki masing-masing. Ada orang kurang harta, bijak pengetahuannya.

"Perempuan mana pernah salah," tulis beberapa pengguna.

Namun, ada yang beranggapan tidak salah baginya merakamkan dari jarak jauh ketika minyak sedang diisi dalam kenderaannya ketika itu.

"Dia rakam jauh dari pam kan? Bukan masa tengah pegang pam sambil rakam," tulis seorang pengguna.

Kata pengguna lain; "Kalau dia air plane mode lepas tu rekod okey. Tapi kalau dia live memang b*ng*ng la."

Sumber Twitter @isusemasaviral