Sebuah video memaparkan seorang wanita yang sedang sarat hamil mencuri tumpuan netizen di Twitter selepas dirinya dipercayai terjatuh ketika sedang menunggang kuda.

Video berdurasi 52 saat itu menyaksikan seorang wanita menjerit kesakitan selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke tanah.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita berkenaan menunggang kuda di MAEPS Rubinga Equine Centre (MREC) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum selesai.

Ekoran video tersebut, rata-rata netizen menempelak tindakannya yang disifatkan tidak bersesuaian kerana boleh mengancam keselamatan anak dalam kandungan dan nyawanya.

"Dia kenapa naik kuda waktu tengah sarat mengandung? Tak takut ke jadi apa-apa kat baby dalam perut tu," tulis @qurratuAin_

"Ya Allah, dah tahu mengandung tu gigih betul ya nak naik kuda tu, bahayalah untuk kandungan tu kalau jadi apa-apa, fuh lain macam punya senaman, ekstrem ya aktiviti dia bagi," komen @Aleaavendaaa.

"Selalunya orang mengidam nak makan macam-macam tapi sis ni mengidam nak naik kuda. Kan dah jatuh," kata @Hakakluah.

"Anak VIP mana ni pakcik? Boleh eh waktu PKP dan darurat ni main kuda?, Bukan sukan jogging dan basikal je ke yang boleh?," tulis Helion_9.

"Ni dah kenapa waktu mengandung pun nak main kuda. Ngidam ke? Waktu PKP inilah macam-macam benda pelik akak ni nak buat," tulis @iNerd_.

Sehingga kini video tersebut sudah mencecah 40,000 tontonan di Twitter.

Wanita hamil berkenaan sebenarnya merupakan seorang usahawan yang dikenali sebagai Cik Puan Azila, pemilik jenama Secret Correa.

Bahkan, Azila menerusi satu hantaran di Instagram kemudian menjelaskan bahawa keadaan dirinya yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan baik-baik sahaja.

"Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ni bukan tak boleh tapi cuma kena berhati-hati.

"Macam dalam video tu sebenarnya CPA (panggilan Cik Puan Azila) override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa, melainkan trot@canter dalam arena memanglah tak sesuai dalam keadaan sarat macam ni," katanya.

Jelasnya lagi, kuda yang ditunggang itu juga merupakan kudanya sendiri.

"Sebenarnya saya penunggang kuda dan White Rose adalah kuda saya sendiri. Dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya.

"CPA rindu dekat Rose sebab berbulan jugalah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dgn kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar," jelasnya.

Pada masa sama, katanya, dia menerima segala bentuk teguran dan nasihat yang diberikan netizen kepadanya dengan hati terbuka.

"Apapun terima kasih kepada yang menegur, mengecam dan yang risau terhadap seorang ibu hamil ini. Doakan CPA selamat bersalin ya," tulisnya.

A post shared by LOVE,INDEPENDENT,WORKAHOLIC? (@cikpuanazila_cpa)