Pelbagai dugaan dilalui oleh individu yang mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing. Dan pelbagai ragam juga dapat dilihat sepanjang membawa penumpang ke destinasi yang ingin dituju.

Hal yang serupa dialami oleh seorang pemandu e-hailing, yang bertemu dengan ‘mimpi negeri’ pemandu-pemandu lain selepas membawa seorang penumpang wanita baru-baru ini.

Pernah buat onar

Mungkin enggan pisang berbuah dua kali - memandang penumpang tersebut sering membuat onar sebelum ini - pemandu tersebut meminta penumpang berkenaan membayar harga tambah terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Menerusi video berkenaan, pelanggan tersebut mendakwa dia hanya memilki not RM10 dan mahu menjelaskan baki selebihnya dengan pembayaran menerusi kod QR.

Sungguhpun begitu, sepanjang perjalanan dalam kenderaan berkenaan, wanita itu cuba meminta diskaun terhadap pemandu tersebut, dengan merendahkan tambang kepada RM22.

Bagaimanapun, pemandu tersebut menolak, dan meminta penumpang itu membayar tambang penuh seperti yang ditentukan oleh aplikasi.

Tempat duduk basah

Selepas beberapa lama, penumpang itu akur membayar tambang penuh seperti sepatutnya.

Malangnya, selepas wanita tersebut meninggalkan kenderaan, pemandu e-hailing itu mendapati tempat duduk belakang keretanya basah, didakwa disebabkan air kencing wanita berkenaan.

“Saya dapat tangkap seorang amoi (gadis) yang menjadi igauan driver-driver e-hailing. Dia kena dengans aya sampai terkencing. Satu hal saya nak kena cuci seat saya pula ni,” tulis pemandu berkenaan.

Sumber: Facebook

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Taktik ‘Baki Tak Cukup’ Nak Elak Bayar, Pemandu E-Hailing Ugut Bawa Penumpang Pergi Balai Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja P-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Ditahan