Laman Utama
Wanita Ini Kata Dia Belajar Lebih Baik Di Tiktok Dari Di Sekolah
Seorang influencer terkenal dari United Kingdom mengaku dirinya memperoleh lebih banyak pelajaran di Tiktok berbanding belajar di sekolah.
Pengakuan itu dibuat oleh Grace Keeling selepas satu undian dibuat oleh BBC mengenai generasi muda yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan gajet setiap hari.
Perempuan berusia 23 tahun itu cukup terkenal dalam platform Tiktok menerusi video kandid dan lucu sehingga memperoleh 2.5 juta pengikut dan memiliki podcast tersendiri.
Keeling mengaku, pengguna boleh terperangkap dalam dunia gajet, namun dia mengatakan mungkin lebih banyak belajar di Tiktok dari sewaktu menjadi murid sekolah dahulu.
“Saya fikir Tiktok adalah sebuah ‘pelarian’ yang baik. Misalnya jika saya gelisah, saya akan membuka aplikasi ini dan membuang perasaan tersebut dengan melihat konten yang menyegarkan,” kata Keeling yang mula popular sejak pandemik melanda dunia pada tahun 2020/
Dia juga mengatakan Tiktok kini semakin baik dan menambah banyak perkara baharu dalam aplikasinya.
Dalam undian yang dibuat, sebanyak 2,719 sampel dikeluarkan kepada remaja berusia 16 sehingga 24 tahun.
Sebanyak 83 peratus daripada mereka mengaku sekurangnya menggunakan atau menghabiskan masa di sekurangnya satu platform media sosial sehari.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video