,
Berita

Wanita Malaysia Lebih Ramai Sakit Mental Termasuk 4.2 Juta Rakyat Negara Ini Bermasalah

Elrafaei Sapi
10/10/2018
08:32 MYT
Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak tahu masalah kesihatan mental boleh bermula seawal usia 14 tahun sepertimana dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan banyak kes tidak dapat dikesan mahupun dirawat.
Masalah mental yang sering dianggap ramai sebagai tidak siuman atau kurang waras dipercayai boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengikut usia dan jantina.
Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2015 sebelum ini turut mendedahkan Sabah sebagai negeri yang mempunyai populasi masalah kesihatan mental tertinggi di negara ini.
Begitu juga, Kuala Lumpur dan Kelantan berada dalam kedudukan tiga teratas dan lebih mengejutkan apabila orang bujang lebih ramai mengalami masalah mental.
Merujuk sumber Public Health Malaysia, golongan wanita mendominasi terhadap penyakit ini iaitu sebanyak 30.8 peratus manakala 27.6 peratus dihidapi lelaki.
Data yang sama turut merungkai jumlah penduduk di Malaysia yang mempunyai masalah kesihatan mental adalah 4.2 juta atau 29.2 peratus.
Tahukah anda tanda masalah kesihatan mental boleh bermula seawal umur 1️⃣4️⃣ tahun menurut WHO.
Tapi banyak kes tidak dapat dikesan & tidak dirawat.
Jom baca thread ini untuk ketahui jika anda ada masalah kesihatan mental pic.twitter.com/IFi9eAD029— Dr Afiq Rahim @ DAR (@affick_rahim) October 10, 2018 Difahamkan, masalah kesihatan mental boleh berlaku akibat faktor sosial, biologi dan psikologi. WHO juga menyatakan faktor peperangan dan bencana menjadi risiko utama menyumbang pada masalah mental.
Maklumat tersebut dikongsi Dr Afiq Rahim menerusi akaun Twitternya, @affick_rahim, hari ini.
Bagi mengatasi penyakit ini, beberapa tanda masalah kesihatan mental sebenarnya sudah dikenal pasti antaranya bersikap mudah marah, letih, keresahan yang teruk, kerisauan yang berlebihan, perubahan selera makan dan tingkah laku agresif.
Apa yang lebih berbahaya adalah jika individu itu cenderung memikir atau bercakap tentang bunuh diri mahupun terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Jangan ambil mudah jika individu itu juga mempunyai masalah tidur sama ada sukar untuk tidur atau mudah tertidur boleh menjadi tanda masalah kesihatan mental.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: www.newscientist.com (Susanne Borges/Corbis)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Berita

WHO Lapor Penggunaan Tembakau Semakin Berkurangan Di Seluruh Dunia

gempak
17/02/2024
14:55 MYT
Kebanyakan negara di seluruh dunia berjaya mengurangkan penggunaan tembakau, dengan kira-kira satu daripada lima orang dewasa mengambil tembakau pada 2022 dan menggesa dasar kawalan tembakau dan memerangi gangguan oleh industri tembakau dikuatkuasakan, lapor Sputnik
Laman Utama

Buat Drama Lagi? Aliff Syukri Akui Ada Masalah Mental, Ucap Selamat Tinggal Dengan Media Sosial

gempak
13/08/2022
01:50 MYT
Aliff Syukri ucap selamat tinggal pada media sosial
Laman Utama

Garis Panduan Pil Antiviral COVID-19 Akan Ditetapkan WHO

gempak
13/11/2021
01:56 MYT
Semoga semua berjalan lancar