VIRAL
Wanita Selawat Secara 'Berjemaah' Dalam Kolam Renang
Sekumpulan wanita di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mereka berselawat di dalam kolam renang secara berjemaah, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.
Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok menunjukkan wanita-wanita itu berdiri sambil mengalunkan selawat dan zikir.
Meskipun ditenggelami air hingga paras dada, mereka tetap khusyuk dan terus berselawat secara serentak.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Apakah tujuan mereka melakukan seperti itu?” kata seorang netizen. – AGENSI
Must-Watch Video