,
Viral

Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!

Izwan Isa
18/04/2024
14:55 MYT
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Wanita itu mengusung mayat berkenaan bagi tujuan menandatangani surat pinjaman dari bank berkenaan, menggunakan nama bapa saudaranya.

Bapa saudara

Dikenali sebagai Erika de Souza Vieira Nunes, wanita berkenaan mendakwa dirinya sebagai anak saudara dan penjaga mayat bernama Paulo Roberto Braga.
Difahamkan, Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Menerusi satu rakaman CCTV yang viral di media sosial, Erika dilihat memegang pen dan menggerakkan tangan jasad bapa saudaranya untuk menurunkan tanda tangan.
“Pak Cik dengar tak? Pak Cik perlu tanda tangan. Pak Cik kena tanda tangan supaya pak cik tidak buat saya sakit kepala lagi,” katanya sambil memegang leher mayat itu.

Curiga

Kakitangan bank mula curiga apabila kepala lelaki itu terus jatuh ketika diminta untuk menurunkan tanda tangan. Justeru, selepas polis dihubungi, wanita tersebut ditahan di tempat kejadian.
Erika kemudian dituduh melakukan penipuan dan mayat lelaki berkenaan di bawa ke bilik mayat.
Difahamkan, lelaki yang bergelar bapa saudara kepada Erika meninggal dunia beberapa jam sebelum tiba ke bank.
Pihak polis menjelaskan, mereka bakal menyiasat kes tersebut dan ingin memastikan sebab kematian lelaki itu dan adakah Erika benar-benar anak saudara kepada mayat berkenaan.
Sumber: Sindonews

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat Satu Keluarga Kucing Dalam Bagasi, Netizen Caci Pembuang Kucing - “Semoga C*laka Lah Hidup Manusia Yang Buat Macam Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup Jadi Bayi, Wanita Habiskan RM1,100 Untuk Beli Lampin Pakai Buang

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Suami Sifatkan Istiqomah Pemurah, Dedah Buat Loan Bank RM19,400 Untuk Dipinjamkan Kepada Kenalan

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
Suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, 33, mengakui isterinya seorang yang suka membantu dan bersikap pemurah termasuk dalam kalangan rakan.
Unitar