Berita
“Wanita Yang Tinggi, Berpotensi…”- Sheikh Muszaphar Kongsi Tip & Fakta Anak Kembar
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi fakta serta tip tentang anak kembar.
Menurut Sheikh Muszaphar perkongsian itu dibuat selepas ramai yang bertanya bagaimana hendak mendapatkan anak kembar selepas beliau kini bakal menimang cahaya mata kembar buat kali kedua.
“Sedikit Fakta Tentang Cahaya Mata Kembar
- Adam dan Noah adalah kembar DCDA (tidak serupa). Maksudnya, mereka mempunyai plasenta dan membrane yang berasingan. Kembar seiras sentiasa berada dalam jantina yang sama.
- Kembar perempuan adalah lebih biasa berbanding kembar lelaki
- Meskipun kembar seiras namun mereka mempunyai cap jari dan gigi berbeza
- Ibu mengawal gen kepada peluang untuk hamil kembar. Gen bapa tidak memainkan perasan untuk memiliki anak kembar.
- Kembar bukan genetik.
- Keladi dan ubi kayu adalah makanan yang menambahkan peluang untuk ibu hamil kembar. Selain itu, produk tenusu seperti susu dan keju.
- Kembar mula menjalinkan ikatan sesame mereka bermula dari 14 minggu kehamilan. Oleh kerana itu mereka mempunyai ikatan yang istimewa.
- Wanita lebih berusia mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar
- Wanita yang lebih tinggi juga mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar
- Kembar seiras mempunya DNA yang hampir sama sebanyak 99.9 peratus,” nyatanya
Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anak kembarnya Adam dan Noah.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang teruja untuk mendapatkan bayi kembar sepertinya.
Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Must-Watch Video