Laman Utama

Wany Hasrita Didakwa Hamil? Ini Komen Empunya Badan - "Saya Rasa Lebih Baik Tunggu ..."

gempak
Syafiqah Jalal
24/02/2023
07:36 MYT
Sponsor Banner
Wany Hasrita Didakwa Hamil? Ini Komen Empunya Badan - "Saya Rasa Lebih Baik Tunggu ..."
Penyanyi Wany Hasrita akui buat masa ini tiada berita baik yang mahu dikongsikan mengenai dakwaan dirinya sedang berbadan dua.
Kata Wany, bila tiba masa yang sesuai dia akan kongsikan berita kehamilan itu kepada umum.
“Apa yang saya boleh katakan ialah, apabila tiba masa yang sesuai, saya akan umumkan perkara itu jika saya hamil.
“Suami saya juga serahkan hal ini kepada saya jika disahkan hamil, dia terbuka dengan perkara ini dan tidak mengongkong.
“Meskipun dia sibuk dengan kerjayanya, Adib tidak putus-putus memberi semangat dan mahu saya lakukan yang terbaik.
“Buat masa ini, tiada apa-apa lagi yang ingin dikongsikan dan saya juga masih sibuk dengan karier seni termasuklah persembahan nyanyian,” katanya kepada Asrro Gempak.
Wany ditemui dalam satu majlis perasmian penjenamaan semula sebuah syarikat emas Angsa Emas Jewellery di Petaling Jaya.
Apabila ditanya jika diberikan rezeki hamil di masa akan datang adakah dia memilih waktu yang sesuai untuk mengumumkan kehamilannya, Wany berpendapat lebih baik menunggu ketika kandungan sudah sedikit kuat.
“Saya rasa lebih baik tunggu sehingga trimester ketiga adalah waktu yang sesuai untuk dikongsikan.
“Ini kerana pada ketika waktu, keadaan bayi lebih stabil dan sangat sesuai untuk diumumkan.
“Jangan risau, saya akan umumkan jua perkara yang baik ini namun setakat ini tiada apa-apa yang boleh dikongsikan.
“Apa-apa pun saya mohon doa kepada semua pihak termasuk peminat saya, agar mendoakan terbaik buat diri saya," katanya.
Wany Hasrita selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, pada 22 Julai 2022 dengan dua kali lafaz di sebuah premis acara di Damansara Perdana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024