Laman Utama

Wany Hasrita Kini Isteri Mohd Al-Adib Fahmi

gempak
Shahrin Zulkifle
22/07/2022
14:25 MYT
Sponsor Banner
Wany Hasrita Kini Isteri Mohd Al-Adib Fahmi
Penyanyi Wany Hasrita, 30, telah selamat bergelar Isteri kepada pasangan pilihannya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun,30, dengan dua kali lafaz pada majlis bertempat di Glan Hall, Damansara Perdana, jam 9 malam hari ini.
Disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa, pasangan pengantin itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56.
Pada majlis itu, Wany telah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Pemilik nama asal, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia melahirkan rasa syukur dan nikmat kerana majlisnya telah berjalan lancar serta berterima kasih kepada semua insan yang sentiasa mendoakan urusan pernikahannya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live