Laman Utama
Warganet Setuju Dengan Iba Bapa Fatimah – “Tak Kelakar ‘Bahan’ Nama Orang Lain…”
Selepas ibu dan bapa kepada instafamous cilik, Fatimah Omar Muhklis memuat naik posting mengenai nama anaknya dipersenda, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan tersebut.
Sering dipanggil ‘Timoh’ berbanding nama sebenarnya Fatimah, menimbulkan rasa kesal ibu dan bapa kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
Tindakan sesetengah pengguna laman sosial dianggap seolah-olah mempersendakan nama anak mereka, malah apabila ditegur mereka menganggap ia sekadar gurauan dan melucukan.
"Kami menamakannya Fatimah sempena nama puteri Nabi Muhammad S.A.W yang kita sayangi. Nama 'Fatimah' memberi nilai yang sangat tinggi kepada kami dan seharusnya untuk semua umat Islam.
Advertisement
"Menyedihkan kerana walaupun Allah telah melarang kita mempersendakan nama orang lain, masih ramai menganggap ini sebagai jenaka," tulis ibu bapanya dalam satu kemaskini di Instagram @thefamily.uk.
Mereka juga meluahkan rasa terkilan dengan persepsi masyarakat yang menganggap status sebagai public figure 'menghalalkan' seseorang menjadi mangsa buli siber.
"Jika anda rasa tindakan membetulkan nama anak perempuan kami tidak cool, terpulanglah. Tetapi, maaf, dalam situasi ini, kami bukan ibu bapa yang cool.
"Tolong henti sebarkan salah anggap bahawa sebagai seorang yang dikenali, kami kena terima semuanya termasuk dibuli, seolah-olah kami tiada perasaan. Sama ada dikenali atau tidak, kami tetap manusia biasa.
"Dan ya, kami sangat tersinggung dengan perkara ini. Cukup cukuplah," tulis mereka sambil menggunakan tanda pagar #namecallingisbullying.
Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan tersebut dan berkongsi pengalaman sama, nama panggilan mereka dipersenda.
“Saya pun kena benda yang sama juga, nama saya Aisyah, since kecil mesti ada je yang panggi saya Esah, Esah Lima Puluh Sen…Memang sedih dan down gila sebab orang mengejek nama kita,” luah seorang pengikut @thefamily.uk.
“Betul tu. Kita perlu hormat nama seseorang and how they preferred to be addressed, bukan ikut mulut kita camana nak panggil orang. Orang kita sekarang dah makin hilang 'values' dalam diri dan being selfish!,” kata seorang lagi.
Must-Watch Video