Skip to main content

Rancangan Realiti

Wartawan Baru Buat Bocey Naik Darah?

bocey-geram-dengan-wartawan.jpg
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Kumpulan Bocey baru-baru ini gagal mengawal kesabaran mereka dalam satu sesi temuramah.

Difahamkan, pemuda yang menemuramah kumpulan Bocey yang dianggotai Achey, Fad dan Abam merupakan seorang wartawan yang baru bekerja.

Dalam sesi temuramah tersebut, Achey yang pada mulanya bersabar dengan kerenah wartawan tersebut, bertindak menutup kamera dengan telapak tangannya ketika sedang dirakam.

“Baru hari ni mula mengacara ke? Kalau tak ready, tak payah tanya…” kata Fad kepada wartawan tersebut, sementara Achey menutup kamera yang sedang merakam mereka.

Lebih annoying apabila wartawan tersebut memanggil Achey dengan nama Achay dan menyangka dia adalah Fad.

Bagaimanapun Bocey tetap profesional melayan soalan yang diajukan walaupun kurang senang apabila ditanya mengenai wang kemenangan berjumlah RM500,000 yang dimenangi pada MLM 2017.
 

Apapun tahniah kepada wartawan ‘Gulp’ yang berjaya prank Bocey dengan menguji meter kesabaran mereka!

Jadi korang rasa, Bocey berjaya tak bersabar dengan wartawan ‘Gulp’ dari program Lawak Atau Koyak tu tadi?

Ada ramai lagi tau yang dah terkena! Nak tahu siapa? Korang kena tengok Lawak atau Koyak di laman web, Facebook dan Instagram Gempak ya!

Jangan lupa saksikan Bocey pada minggu keenam MLM 2019 yang bertemakan ‘Muzikal’ Jumaat ini, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

MLM disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 
 
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement