,
Laman Utama

Watak Esra Dalam I-Tanggang Sering Dikritik, Emma Sofea Terima Dengan Terbuka

Izwan Isa
20/10/2021
06:50 MYT
Kebiadapannya di layar kaca tiada tandingan. Kelancangan mulutnya pula boleh membuatkan penonton hilang kewarasan. Mungkin itu yang boleh disifatkan secara dekat terhadap watak anak manja bernama Esra menerusi drama bersiri I-Tanggang.
Kebencian penonton terhadap watak tersebut jelas dirasai oleh pelakonnya, Emma Sofea. Gadis berusia 15 tahun itu berkata, sejak watak Esra diperkenalkan, dia menyedari tentang kritikan yang dilontarkan oleh penonton terhadap lakonannya.
Bagaimanapun, Emma sedikit pun tidak terkesan dengan tohmahan yang diterima memandangkan ia memberi makna lakonannya meninggalkan kesan dalam diri penonton.
“Saya sedar mengenai kritikan orang ramai terhadap watak Esra yang dilabel biadab. Sejujurnya, saya tidak terkejut dengan kritikan yang diterima.
“Apa yang saya rasa adalah kepuasan kerana saya berjaya membawa watak berkenaan dan meninggalkan kesan dalam diri mereka yang menonton.mSaya ambil kritikan tersebut sebagai satu hal yang positif,” katanya kepada Gempak.
Ditanya, adakah dia berasa sukar untuk membawakan watak berkenaan, Emma berkata: “Agak sukar untuk membawa watak anak yang kurang ajar dan baran kerana secara peribadi saya bukanlah seperti itu.
“Namun, saya berasa bertuah kerana mendapat bimbingan daripada pengarah sepanjang sesi penggambaran,” katanya yang sebelum ini pernah membintangi siri Wizards of Warna Walk.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shikin Maembong Ulas Kes Cerai Emma - “Ada Nasihat Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami..”

gempak
26/10/2024
00:07 MYT
Pelakon, Shikin Maembong mendedahkan adiknya, Emma Maembong ada meminta nasihat berhubung kes cerai bersama bekas suami baru-baru ini.
Hiburan

"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

gempak
24/09/2024
18:50 MYT
Pelakon jelita, Emma Maembong berkongsi mengenai keadaan anaknya yang mengalami alahan terhadap kucing.
Hollywood

Ed Sheeran Tidak Miliki Telefon Bimbit Sejak 10 Tahun Lalu, Elak Dilabel Biadab

gempak
11/06/2024
13:34 MYT
Kisah penyanyi terkenal dunia, Ed Sheeran tidak memiliki telefon bimbit bukan satu berita baharu.
Viral

Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”

gempak
27/05/2024
06:55 MYT
Frasa Inggeris pernah menyatakan bahawa ‘customer is always right’. Tetapi ada kalanya telatah yang ditunjukkan oleh pelanggan kurang menyenangkan sehingga mendatangkan ketidakselesaan terhadap penjual.
Hiburan

Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21

gempak
19/04/2024
12:00 MYT
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Unitar