Pelakon kacak Indonesia, Angga Yunanda akui dirinya mula cenderung untuk mempelajari ilmu IT selepas menjayakan watak Ucup menerusi filem aksi Mencuri Raden Saleh.

Jelas Angga, dia turut ‘berguru’ dengan salah seorang pegawai di Unit Kawalan Jenayah Siber Indonesia, Teguh Aprianto bagi menjayakan wataknya iaitu ‘The Hacker’, sebagai seorang penggodam siber.

“Saya sangat tertarik watak Ucup karena sebelum saya memainkan karakter yang berbeza, cukup jauh dari dunia IT.

“Setelah saya melihatnya, ternyata ini boleh menjadi hobi yang menyenangkan, tapi saya masih belajar daripada salah seorang pengawal IT dan masih jauh untuk hebat dalam bidang ini,” kata Angga

Dari proses pembelajaran itu, Angga menyedari betapa pentingnya ilmu tentang dunia maya terutamanya dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Saya pernah diperlihatkan tentang perkara yang data kita (Indonesia) sangat mudah diakses oleh orang lain.

“Ini adalah satu perkara yang salah dan membimbangkan, kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu dibangunkan,” tambahnya.

Selain Angga, filem yang berjaya menghiburkan 2.1 juta penonton sejak ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos lalu turut membariskan pelakon Iqbaal Ramadhan, Aghniny Haque, Rachel Amanda, Umay Shahab dan Ari Irham.

Sinopsis

Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.

Saksikan Mencuri Raden Saleh yang kini sedang di tayangkan seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!