Laman Utama
"We Drank Each Other's Blood" - Megan Fox & Machine Gun Kelly Bertunang, Video Lamaran Ditonton Lebih 16 Juta Kali!
Aktres popular Hollywood, Megan Fox mengesahkan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rap, Machine Gun Kelly pada Khamis.
Menerusi hantaran di Instagram, Fox memuatnaik sepotong video pendek menerima lamaran dari Kelly berlatarbelakangkan pokok banyan pada 11 Januari 2022.
"Pada Julai 2020, kami duduk di bawah pokok banyan ini dan memohon keajaiban berlaku. Kami ketepikan segala dugaan yang akan kami hadapi bersama dalam masa yang pendek.
"Tak mahu fikirkan mengenai segala apa yang perlu kami korbankan demi hubungan ini, tapi teruskan membuai perasaan kami dengan rasa cinta dan karma.
"Setahun setengah kemudian, kami melalui cabaran dan kebahagiaan yang tak pernah saya bayangkan akan berlaku, dan dia melamar saya. Saya jawab ya, and then we drank each other's blood," kata Fox memberikan perumpamaan.
Video lamaran Kelly berdurasi 25 saat yang dikongsikan Fox di Instagramnya sehingga artikel ini ditulis telah ditonton oleh pelayar media sosial sebanyak 16 juta kali.
Sementara itu, Kelly atau nama sebenarnya Colson Baker turut berkongsi berita gembira itu yang disertakan dengan video cincin permata putih dan hijau yang dipakai Fox.
"Ya, dalam kehidupan ini dan setiap kehidupan. Di bawah dahan-dahan di tempat sama kami jatuh cinta, saya bawa dia kembali untuk melamarnya.
"Saya tahu, mengikut tradisi, hanya perlukan satu cincin. Tapi, saya bersama pereka, Stephen Webster mereka dua cincin yang disatukan, batu zamrud (batu kelahirannya) dan berlian (batu kelahiran saya).
"Kedua-duanya disatukan dengan magnet menjadi simbolik kepada penyatuan dua jiwa yang membentuk satu hati dan cinta kami. 11 Januari 2022," tulisnya.
Untuk rekod, pasangan itu bertemu pada Mac 2020 ketika penggambaran Midnight selepas Fox berpisah dengan Brian Austin Green.
Sepanjang perkahwinan Fox dan Green sejak 2010, mereka dikurniakan tiga cahaya mataq iaitu Noah, 9, Bodhi, 7 dan Journey, 5.
Must-Watch Video