Laman Utama

The Weeknd Tampil Memakai Balutan Pada Muka, Ini Sebabnya...

gempak
Asraf Aided
24/11/2020
09:15 MYT
Sponsor Banner
The Weeknd Tampil Memakai Balutan Pada Muka, Ini Sebabnya...
Penyanyi popular Hollywood, The Weeknd tampil dengan imej unik dan mengejutkan apabila memakai balutan atau 'bandage' di wajahnya di American Music Award 2020 (AMA2020) Ahad lalu.
Walaubagaimanapun, memetik laporan Elle, The Weeknd tidak mengalami sebarang kecederaan sebaliknya ia hanya satu gimik mempromosikan album terbarunya, After Hours dan filem pendek untuk lagu Blinding Lights.
Difahamkan, maksud sebenar di sebalik imej itu adalah memberi amaran kepada orang ramai untuk menentang perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Lagu Blinding Lights mengisahkan tentang seseorang yang ingin bertemu siapa yang diinginkan pada waktu malam, dia memandu untuk berjumpa orang itu dan penglihatannya umpama dibutakan oleh cahaya-cahaya di kota.
"Tetapi, tiada yang menghalang dia untuk bertemu seseorang itu, kerana dia berasa kesorangan, tetapi saya tidak pernah menggalakkan perbuatan memandu ketika mabuk," kata The Weeknd dalam satu kenyataan awal tahun ini.
Di MMA2020, The Weeknd menerima anugerah bagi kategori Album Kegemaran (Favorite Album) Soul/R&B untuk album After Hours dan membuat persembahan menyanyikan lagu Save Your Tears dan In Your Eyes bersama Kenny G.
Sumber & Kredit Foto : elle.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live