Laman Utama

The Weeknd Tukar Nama, Mahu Dikenali Sebagai Abel Makkonen Tesfaye

gempak
Maliah Surip
16/05/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
The Weeknd Tukar Nama, Mahu Dikenali Sebagai Abel Makkonen Tesfaye
Penyanyi popular The Weeknd dengan rasminya sudah tidak lagi memakai nama pentas yang membesarkannya dalam belantika hiburan dunia.
The Weeknd kini mahu dikenali sebagai Abel Makkonen Tesfaye — iaitu nama sebenar seperti yang tertera dalam kad pengenalannya.
Pelantun Save Your Tears itu juga dilihat telah mengikut perancangannya untuk ‘menghapuskan’ nama The Weeknd yang diberitahu sebelum ini.
“Penukaran nama ini adalah perancangan paling besar untuk Kill The Weeknd,” kata Tesfaye kepada W Magazine sebelum ini.
Bintang kelahiran Kanada itu juga menyatakan meski menggunakan pengenalan nama sebagai Abel, dia akan terus membikin muzik.
“Saya mahu menutup babak The Weeknd. Saya masih membuat muzik, sama ada sebagai Abel atau The Weeknd.
“Apa yang pasti saya mahu ‘membunuh’ The Weeknd dan lahir semula. Saya kini dalam fasa bertenang,” ujarnya lagi.
Tesfaye juga memberitahu album yang akan dilancarkan kelak merupakan terakhir kali dia menggunakan nama The Weeknd.
“Ini sesuatu yang perlu saya lakukan. Sebagai The Weeknd saya telah menyatakan apa yang ingin disampaikan,” kata lelaki berusia 33 tahun tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024