Pelakon terkenal, Fathia Latiff kini kembali berlakon setelah lama tidak muncul di kaca televisyen.

Perkara itu dikongsi Fathia menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Dalam entri tersebut, Fathia memuat naik sebuah babak yang dilakonkannya dalam sebuah telemovie berjudul Kipas Belum Mati yang akan disiarkan di Astro Citra bermula 19 Januari ini.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fathia menunjukkan rasa teruja dan mengucapkan selamat kembali kepadanya, ada juga yang masih rindu melihat lakonannya dalam drama bersiri Ariana Rose.

Mya Zaryn, a good girl gone bad. Telemovie Kipas Belum Mati, 19 January, Astro Citra :)

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on


"Welcome back Fathia, hope this year will bring you happiness and luck in life.

"Finally!

"Good luck dear, rindu nak tengok Fathia berlakon,
" tulis netizen.




Fathia mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam drama dan filem tempatan.