,
Laman Utama

Westlife Datang Balik Berkonsert Di KL, Peminat Dah Menggelupur Tunggu Jualan Tiket! - "Ada Offline? Berapa Pula Dorang Caj Tu?"

Azwa Rahman
06/10/2022
15:41 MYT
Kumpulan legenda antarabangsa popular Westlife kembali untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia.
Menerusi laman sosial Instagram penganjur rasmi, Trumpet International, pihak mereka mengumumkan kumpulan ini akan kembali melakukan konsert di Malaysia selepas konsert terakhir mereka di sini pada tahun 2019 dahulu.
Kumpulan yang dianggotai oleh Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily ini menjadi kegilaan ramai dengan lagu-lagu sensasi seperti Swear It Again, My Love, I Lay My Love On You, If I Let You Go dan banyak lagi!
Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar mereka untuk ‘melayan’ perasaan di dalam konsert yang akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023 depan.
Tiket akan mula dijual secara atas talian pula bermula pada 11 Oktober 2022 bermula pada harga RM294, RM394, RM494, RM594, RM794, dan RM884 tidak termasuk yuran pembayaran.
Dalam pada itu, ada wargamaya yang turut meluahkan rasa kesal mereka apabila pihak penganjur bertindak mengadakan pembelian tiket secara offline dimana peminat boleh beratur di tempat yang disediakan pada 10 Oktober ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.