Nampaknya si cilik popular, Yusuf Iskandar juga dah ‘terjebak’ dengan permainan gasing moden atau ‘beyblade’.

Menerusi sebuah video dimuatnaik di laman sosial Instagram ‘The Yusuf Iskandar’, rata-rata pengikut geram dengan kecomelan anak kepada pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha itu.

Video tersebut juga telah ditonton lebih 600 ribu kali dan menerima hampir dua ribu komen, tidak sampai 24 jam di muat naik.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah, gelagat Yusuf Iskandar ketika melihat bapanya bermain permainan yang mencetus fenomena itu.

Tengok budak besar main bey blade. What about me turn ?

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on


Selain aksi comel Yusuf Iskandar, pengikut yang menonton video tersebut turut memuji tingkah sopan si comel berusia tiga tahun itu.



Beberapa minggu lalu, tular foto aksi sekumpulan budak lelaki menggunakan kuali untuk menggantikan ‘stadium’ gasing moden itu.

Fenomena permainan gasing moden atau Beyblade ini bukan biasa-biasa, kerana di beberapa buah negeri sudah mula dianjurkan pertandingan dan sentiasa mendapat sambutan hangat!