Laman Utama

WHO Tolak Teori COVID-19 Dihasilkan Di Makmal China

gempak
Asraf Aided
10/02/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
WHO Tolak Teori COVID-19 Dihasilkan Di Makmal China
Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal usul COVID-19 menafikan teori virus itu dihasilkan di makmal China, lapor AWANI.
Sebaliknya ketua misi, Peter Ben Embarek menegaskan siasatan menemui pelbagai maklumat baharu, namun ia tidak mengubah dapatan sebelum ini.
Kata Embarek, lebih banyak siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca virus penyakit COVID-19.
Pasukan penyiasat WHO kini berada di akhir misi mereka. Mereka juga memaklumkan siasatan kini akan ditumpukan ke Asia Tenggara.
Wuhan, daerah tengah dalam wilayah Hubei adalah lokasi pertama COVID-19 dikesan pada 2019.
Sejak itu, lebih 106 juta kes dan 2.3 juta kematian dicatatkan akibat virus itu di seluruh dunia.
Penyiasat WHO percaya virus berkenaan berasal dari haiwan sebelum dipindahkan kepada manusia.
Walaupun dapatan asal merumuskan virus berasal dari kelawar, namun ia dipercayai bukan dari Wuhan.
Pasukan itu turut menyarankan China menyiasat rangkaian pengangkutan produk sejuk beku, kerana disyaki menjadi punca pemindahan virus.
Misi WHO bermula Januari lalu susulan rundingan beberapa bulan dengan Beijing. Siasatan misi pasukan WHO ini dipantau rapat oleh pihak berkuasa China.
Sumber : Astro AWANI Kredit Foto : BBC
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live