Hiburan

"Wig Pun Still Nampak Palsu, Janganlah Asyik Cakap Nak Menang Oscar" - Tony Eusoff Tempelak FINAS?

gempak
Hanafis Haris
28/05/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
"Wig Pun Still Nampak Palsu, Janganlah Asyik Cakap Nak Menang Oscar" - Tony Eusoff Tempelak FINAS?
Pelakon Tony Eusoff membidas kenyataan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memasang impian untuk melihat filem tempatan diangkat ke peringkat antarabangsa termasuklah dicalonkan ke Anugerah Akademi atau Anugerah Oscar.
Perkara itu diluahkan menerusi platform Twitternya hari ini.
Menurut Tony, banyak lagi masalah filem dan televisyen perlu ditangani terlebih dahulu.
"Jangan la asyik cakap nak menang Oscar je. Kita ni kat kampung pun tak tentu jaguh lagi.
"Banyak lagi masalah filem/tv yang perlu ditangani. Pastikan pelakon tak perlu bawak baju sendiri untuk shooting. Wig pun masih jelas nampak palsu," katanya.
Menurutnya, jika mahu menang Oscar sekali pun, apakah langkah-langah yang dicadangkan?
"Dari segi budget kita dah jauh ketinggalan kalau nak bandingkan dengan pemenang Oscar sebelum ni. Nak menang macam mana tu? Pakai bomoh? Harga oscar tu mahal ye.
"Ni belum lagi sentuh isu kebajikan, royalti, kebebasan kreatif dan sebagainya. Jadi tolonglah jangan memperlekehkan cabaran pekerja filem tanah air dengan niat nak menang anugerah anatarabangsa, sebelum buat apa-apa research dan pembetulan yang perlu dalam industri," katanya.
Untuk rekod, Zakaria Abd Hamid telah dilantik sebagai Pengerusi FINAS yang baru.
Perlantikan Zakaria yang berkuatkuasa pada 23 Mei lalu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Senarai keanggotaan Ahli Perbadanan yang telah dilantik oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia selaras dengan peruntukan di bawah Akta 244 untuk tempoh dua tahun bermula 23 Mei 2020 sehingga 22 Mei 2022.
Zakaria menggantikan Datuk Hans Isaac yang berkhidmat sejak April 2019.
BACA: “Segala Penantian Sudah Berakhir…”- Hans Issac Bukan Lagi Pengerusi FINAS
BACA: Didakwa Dilantik Kerana Pengaruh Politik, Ini Jawapan Pengerusi Baharu FINAS
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live