Pesohor Hollywood, Will Smith mengakui membaca dan menyukai Al Quran selepas membacanya pada Ramadan tahun lalu.

Pengakuan tersebut dibuat sewaktu Smith menjadi tetamu Big Time Podcast yang dilakukan di Arab Saudi.

Smith, 55, menyifatkan pengisian Al Quran sebagai jelas dan mudah difahami.

“Saya sukakan Al Quran. Ia sangat jelas dan tidak sukar untuk difahami.

“Semangat yang ada di dalamnya sangat indah dan jelas,” ujar Smith seperti dilaporkan alarabiya.

Menurut Smith, salah satu surah yang begitu memberi kesan kepadanya adalah tentang Nabi Musa.

“Saya kagum dengan kisah Nabi Musa yang ada diceritakan dalam Al Quran,” katanya lagi.

Selain Al Quran, bintang tersebut juga habis membaca kitab Taurat dan Bible.

Smith juga melahirkan rasa teruja kerana dapat melancong ke Arab Saudi.

“Saya rasa saya macam Genie (jin dalam filem Aladdin). Terasa seperti di rumah. Saya sukakan tempat ini,” katanya sambil berseloroh.

PILIHAN PEMBACA: Will Smith Buat Yoga & Meditasi Di India