Tahukah anda pemain Esport dengan pendapat tertinggi di Malaysia milik Chai Yee Fung atau nama lain 'Mushi' dengan jumlah sebanyak RM3,819,744.

Pemuda berusia 28 tahun ini cukup terkenal dalam kalangan komuniti Dota 2 di Malaysia.

Berasal dari Rawang, karier profesional Dota 2 bermula ketika dia menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2011.

Menurut laman web Mygameon Mushi ialah kapten dan juga mid player untuk Mineski yang juga dibarisi oleh atlet esports kelahiran Malaysia.



Hebat bukan?

Jadi jika anda berhasrat untuk berkecimpung dalam esports ini, maka anda patut cuba untuk ACE e-kokurikulum ini.

Jadi apa sebenarnya ACE e-kokurikulum?

Pada yang tidak tahu, April tahun ini, rangkaian EGG melancarkan musim kedua Alliance of Campus Esports (ACE), inisiatif untuk memperkasakan holistik pelajar-pelajar untuk menjadi profesional dalam industri esports.

Seperti yang sudah anda ketahui, salah satu penambahan yang paling menarik kepada ACE Season 2 ialah Malaysian Youth Community (MYC), yang telah dijemput sebagai Rakan Belia!

Oleh itu, MYC dan ACE telah bergabung melancarkan e-kokurikulum secara dalam talian.

Ini bermakna peminat permainan video dalam esport boleh belajar tentang pelbagai aspek sukan, dari jenis permainan dan konsep kejohanan sukan, ke perniagaan sukan dan pengurusan acara. Paling best ia adalah percuma!



Bagaimana ia berfungsi?

Mudah saja, terdapat lima tahap yang anda perlu lepas dan sebaik berjaya melunaskan semuanya anda akan dapat sijil atau e-certificate

Namun apa yang lebih penting adalah ilmu yang anda akan peroleh ketika menjalani e-kokurikulum terbabit.

Anda boleh terus ke laman web ini, https://ace.egg.network/ecurriculum/

Untuk maklumat lanjut jangan lupa layari Facebook yang menghimpunkan komuniti gamers di Malaysia!