Laman Utama
Wow! Elfira Loy Lakukan Yoga Bersama Miranda Kerr
Pelakon terkenal, Elfira Loy telah melakukan sesi yoga secara maya bersama model popular, Miranda Kerr pagi tadi.
Elfira berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Elfira, dia sangat menyukai sesi yoga itu kerana membuatkan dia berasa tenang dan selesa.
Advertisement
"Saya melakukan yoga bersama @mirandakerr pagi ini, sangat relaks dan meremajakan, saya sukakannya!" kongsi Elfira di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Elfira dan Miranda juga sempat bersembang mengenai produk penjagaan kulit yang diasaskan oleh model terkenal itu.
"Kami juga bercakap tentang produk Kora Organics, Miranda terangkan mengapa dia memulakan rangkaian produk tersebut, dia juga mendedahkan tentang bahan yang digunakan dan mengapa orang ramai harus cuba produknya itu.
"Saya harap dapat kembali kulit cantik sepertinya, terima kasih atas peluang ini @mirandakerr," tulisnya lagi.
Berdasarkan pemerhatian Gempak, Miranda bukan sahaja melakukan sesi yoga secara maya bersama Elfira, malah dia turut mengikuti pelakon itu di Instagram.
Menjegah ruangan komen pula, rata-rata pengikut Elfira seakan terkejut dan tumpang gembira melihat pelakon kesayangan mereka itu berkomunikasi dengan Miranda Kerr.
Must-Watch Video