Fuh! Hebat betul penangan GegarVaganza musim keempat (GV4) ni ek? Semalam Miss K sempat tengok majlis sidang media memperkenalkan barisan bintang GV4 di Facebook Live Astro Gempak.
Ketika pengacara majlis Dollah Cantik memperkenalkan barisan bintang GV 4, ada di antara penonton yang kompelin kenapa artis-artisnya tak sama seperti yang dinyatakan sebuah forum gosip!
Yang kelakar tu, ada yang marah kononnya mereka ditipu! Eh...halo...rasanya tak ada apa-apa pun yang dikeluarkan Astro tentang GV4, sebelum pengumuman rasmi semalam?
Itu sebab Miss K sendiri pun, kalau nak tahu apa-apa perkembangan tentang GV, Miss K akan tengok Facebook Astro Gempak dan yang terbaru Instagram Gegar Vaganza, @gegarvaganzaofficial. Sumber-sumber lain Miss K tak percaya, sebab memang suka memandai-mandai!
Tapi...Miss K tak nafikan, bila wujud akaun dan berita palsu itu juga tandanya GV program yang berjaya dan sentiasa ditunggu-tunggu.
Haa..tempias kehangatan GV4 juga terkena pada salah seorang bintang GV4, Liza Hanim yang khabarnya sudah disambar syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.
Amboi Liza...belum apa-apa lagi dah disambar! Miss K dengar lagi...Liza dan LOL Entertainment juga sedang merancang untuk keluarkan single.
Tapi disebabkan tawaran daripada GV4, Liza akan fokus kepada singlenya selepas tamat GV4 ini nanti.
Baguslah begitu, Miss K nak sangat ‘comeback’ Liza kali ini betul-betul menggegarkan industri hiburan tanah air.
Tahniah juga kepada Astro kerana berjaya menyediakan pelantar yang baik untuk bintang-bintang hebat kita kembali ke persada seni.
Okaylah, kepada semua bintang GV4 all the best dan good luck ya! Miss K belum fikir lagi nak joint team siapa sebab semuanya hebat-hebat!
Manakala di media sosial pula ramai yang mula hashtag team (#team) Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, Hazami dan Ferhad, Miss K aja yang masih pening kepala nak pilih yang mana satu!
Miss K: Tak sabar tunggu konsert separuh akhir AF Megastar Ahad ini...Agak-agak semua ke pergi final?
Fiza Kamarudin
Wed Oct 11 2017
Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi Jelajah
Tak sabar nak tengok filem The Experts!
18 Tahun Berehat, The A.C.A.B Kembali Bikin Showcase
Selepas 18 tahun kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024.
Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”
Isu Sarah Yasmine seakan-akan tidak surut apabila ada sahaja pihak yang ingin turut serta memberikan pandangan dan perhatian terhadap apa yang berlaku. Terbaharu, penerbit dan pelakon, Erma Fatima turut membuat kenyataan membidas Sarah terhadap tindakannya membuka ‘pekung’ artis-artis di Malaysia dan meminta supaya pihak berkuasa di negara ini me
Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan. Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Pl
"Kenapa Kena Gaduh, Berlumba Buka Aib Sama Sendiri?" - Thalia Baiduri Pesan Wanita Jaga Darjat, Jangan Dibutakan Cinta
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri berpesan buat semua wanita agar menjaga darjat dan nilai diri masing-masing serta jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.
Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Hargai Peminat Hadiahkan Kereta Proton X70, Niat Murni ChocoAlbab Bahagiakan Orang Ramai Bermula Dengan Sekecil Usaha
Ada banyak cara untuk menghargai peminat setia
Netizen Titip Doa Buat Irma Hasmie - “Wanita Yang Menjaga Aib Suami, Semoga Kuat & Dipertemukan Kebahagiaan Sejati”
Netizen puji Irma jaga aib bekas suami.
Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak bersetuju apabila ada pihak cuba melagakan dan menyentuh isu kewarganegaraan seseorang susulan kontroversi dicetuskan pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan
Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memilih untuk tidak membuka mulut perihal rumah tangganya sehingga menjadi bahan bualan masyarakat. Menurut pelakon Tanda Putera itu, walaupun ramai beranggapan kehidupan peribadi artis selalu menjadi tumpuan, namun dia tidak berpegang kepada prinsip itu. Tegas Rusdi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di med