Kalau anda peminat rancangan masakan, past sangat mengenali chef selebriti Jamie Oliver.

Jika sebelum ini Jamie mempunyai 42 cawangan Jamie’s Italian di United Kingdom sahaja, yang terbaru tukang masak popular ini akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia!

Wah! Selepas ini kalau nak mencuba menu masakan Jamie Oliver, tak payah terbang terbang ke luar negara lagi.

Difahamkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA menjadi lokasi restoran pertama Jamie di negara ini.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Shukrie Mohd Salleh menerusi temubualnya bersama FMT baru-baru ini.

Katanya, MAHB sedang menaik taraf semua perkhidmatan yang ada di KLIA dan pembukaan restoran Jamie pasti akan menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.

Tambahnya lagi MAHB mahu memberi keselesaan kepada pengguna KLIA selepas ini.