Laman Utama
Wow! RM & Jimin BTS Beli Apartment Termahal Di Korea Selatan Secara Tunai!
Dua anggota BTS, RM dan Jimin dilaporkan telah membeli apartment dengan harga yang termahal di Korea Selatan.
Memetik laporan allkpop, kedua-dua bintang itu telah membeli kediaman di lokasi sama iaitu Kompleks Nine One Hannam di Seol.
Perkara itu juga telah disahkan oleh laporan 'real estate' di sana.
RM telah membeli apartment pada harga 5.7 juta USD (RM23 juta) dengan keluasan 293,93 meter persegi.
Manakala Jimin pula membeli pada harga 5.3 juta USD (RM21 juta) untuk keluasan sama, namun tidak dilengkapi ruang teres tambahan seperti yang dibeli RM.
Difahamkan, RM dan Jimin membuat pembelian kediaman mereka secara tunai tanpa sebarang pinjaman bank.
RM telah rasmi memiliki kediamannya pada 25 Mei baru-baru ini, manakala Jimin hanya sehari selepas itu.
Kawasan The Nine One Hannam sememangnya popular dalam kalangan selebriti terkenal dan usahawan di negara itu.
Antara selebriti lain yang turut memiliki rumah di sana adalah Rain dan isterinya, Kim Tae Hee.
Kredit Foto: korebu.com
Must-Watch Video